Kerjaya antarabangsa Kevin Lasagna

Pada 9 Oktober 2018, Lasagna telah dipanggil untuk menyertai skuad senior oleh pengurus Roberto Mancini untuk menggantikan Simone Zaza bagi menghadapi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland pada 14 Oktober.[6] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Itali pada perlawanan itu dengan beraksi sebagai pemain gantian pada lewat permainan. Beliau telah membantu jaringan kemenangan Itali pada masa kecederaan yang dijaringkan oleh Cristiano Biraghi melalui tandukan daripada hantaran sepakan penjuru sekali gus menjamin kedudukan Itali dalam peringkat kumpulan.[7][8] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat kali pertama pada 20 November dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berlangsung di Genk dan berakhir dengan kemenangan Itali 1-0.[9]

Rujukan

WikiPedia: Kevin Lasagna http://www.soccerway.com/players/349701/ http://www.soccerway.com/players/kevin-lasagna/349... http://altom-italienskfodbold.dk/udinese-henter-ke... http://www.carpifc1909.it/wp/?p=38191 http://www.footballscout24.it/mercato-u21/carpi-il... http://www.football-italia.net/96849/official-udin... http://www.tuttocalciatori.net/Lasagna_Kevin https://www.bbc.com/sport/live/football/45790561 https://www.figc.it/it/nazionali/nazionali-in-cifr... https://www.football-italia.net/129325/last-gasp-b...